Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong jurutera di sebuah jabatan kerajaan di Limbang mengaku bersalah dan didenda RM25,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas dua pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan pada 2018.

Seleweng dana 1MDB: SPRM siasat penglibatan beberapa individu di Kuwait

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguatkuasa Kuwait sejak dua tahun lepas.

“Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama dan perkara berkenaan masih lagi dalam kajian pihak Kuwait.

“SPRM sebagai antara peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset dan wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB serta beberapa syarikat lain yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan setiap tindakan dengan kerjasama agensi penguatkuasa luar negara melibatkan aliran wang amat kompleks dan rumit.

Selain itu, Pejabat Peguam Negara telah menolak sepenuhnya tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, kepada kerajaan Malaysia pada 16 Julai lepas.

Oleh itu, SPRM memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum serta boleh menjejaskan siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan