Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pembinaan LPB Sarawak sudah mencapai kemajuan sebanyak 86 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun depan. Foto TVS.

Projek LPB Sabah ketinggalan berbanding Sarawak – Arthur Joseph

TAWAU, 4 Sept : Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sabah ketinggalan berbanding di Sarawak berikutan pertukaran kerajaan negeri pada 2018.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pembinaan LPB Sarawak sudah mencapai kemajuan sebanyak 86 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun depan.

” Di Sabah, projek LPB hanya mencapai tahap 65 peratus sahaja disebabkan pertukaran kerajaan negeri yang menukar dasar dan membatalkan projek jalan,” katanya.

Beliau berkata ketika sidang media selepas Program Perasmian Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Penyerahan Borang Keahlian di Batu 5, Jalan Apas di sini hari ini.

Sementara itu, Arthur Jospeh berkata, Kerajaan Persekutuan dalam usaha memastikan agar kerja awalan pembinaan jalan dari Kalabakan ke sempadan Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia dapat dilakukan pada awal tahun hadapan.

Katanya, perkara ini penting bagi memastikan Sabah bersedia menerima limpahan ekonomi susulan perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha agar Sabah tidak ketinggalan berbanding negeri lain khususnya dalam aspek kemudahan infrastuktur termasuk pembinaan jalan raya dan LPB,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, kerajaan memberi sepenuh komitmen untuk menyiapkan LPB Sabah dalam tempoh lima tahun melalui pengumuman kelulusan kesemua baki 19 pakej LPB itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada bulan Mei lepas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan