Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah merakam gambar selepas melancarkan Simpang Bertingkat bagi WPC 04 jajaran Serian-Sri Aman. Foto: TVS

KKR laksana libat urus, cari kaedah percepat proses pembinaan Pan Borneo

SRI AMAN, 4 Sept : Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan libat urus dengan kontraktor bagi Pakej Kerja Kontrak (WPC), jurutera perunding dan Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mencari kaedah sesuai bagi mempercepatkan proses pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof, berkata ketika ini kemajuan pembinaan lebuh raya tersebut adalah pada tahap satu peratus sebulan.

Tahap itu, katanya, agak perlahan dan sedikit di belakang jadual yang telah ditetapkan bagi pembinaannya.

Baca artikel berkaitan >>>>> Tiga seksyen LPB Sarawak dijangka siap tahun depan

“Kita perlu duduk untuk melihat bagaimana mereka dapat mempercepatkan proses supaya ianya dapat memenuhi jangkaan kita, iaitu sasaran siap bagi majoriti projek itu pada penghujung tahun ini, dan tiga projek yang akan melangkaui tahun hadapan akan dapat dicapai,” katanya.

Menurut Fadillah, kelembapan kemajuan pembinaan itu disebabkan beberapa cabaran, antaranya rantaian bahan bekalan binaan yang tidak mencukupi, kekurangan tenaga kerja, dan kos bahan binaan yang meningkat.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor bagi setiap WPC terlibat di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo.

“Kita akan melihat kepada semua aspek cabaran tersebut, namun apa yang penting adalah komitmen semua pihak untuk memastikan semua WPC itu dapat disiapkan mengikut apa yang telah kita jadualkan,” kata Fadillah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Simpang Bertingkat bagi WPC 04 jajaran Serian-Sri Aman di sini hari ini.

Hingga Ogos lalu, kemajuan pembinaan bagi WPC04 sudah mencapai tahap 89 peratus dan ia dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya pada suku pertama tahun hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan