Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Intervensi peringkat awal kanak-kanak amat penting bagi menyokong pembangunan mereka terutama golongan istimewa.

Kerajaan terus ambil kira keperluan kanak-kanak istimewa

MIRI, 4 Sept : Intervensi peringkat awal kanak-kanak amat penting bagi menyokong pembangunan mereka terutama golongan istimewa.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Kerajaan Sarawak terus memberi fokus terhadap kanak-kanak istimewa di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 sebagai salah satu usaha untuk membantu pembangunan mereka.

“Ia merupakan langkah untuk kita berpandangan ke hadapan selepas pandemik COVID-19 dengan pelbagai strategi dimana terdapat fokus terhadap inklusi sosial yang fokus kepada kanak-kanak istimewa.

“Jadi, di bawah PCDS 2030, kita ada One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) di Kuching, Sarawak. Hal ini untuk memberi akses kepada diagnosis, intervensi, pendidikan dan kekuatan kemahiran,” katanya pada Persidangan Intervensi Peringkat Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang ke-8 di Miri.

Tambah beliau, ibu bapa dan pengasuh juga perlu dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan tentang intervensi peringkat awal kanak-kanak supaya ia dapat terus dilaksanakan secara berterusan termasuk di rumah.

“Inilah yang kami cuba bekalkan di OSEIC. Tetapi yang lebih penting, bagaimana menyokong keluarga dan pengasuh untuk lebih diperkasakan sebagai rakan kongsi dalam menyokong pertumbuhan anak-anak mereka termasuk apa-apa sahaja yang telah dilakukan di pusat intervensi harus disambung di rumah.

“Inilah mesej kita kepada ibu bapa. Tetapi untuk mereka meneruskan apa yang dibuat di pusat terapi, atau pusat intervensi, mereka perlu dilengkapi dengan skil dan latihan. Kita perlu ada sistem sokongan untuk mereka juga,” katanya lagi.

Statistik menunjukkan setakat ini terdapat 339 kanak-kanak istimewa yang mendaftar di oseic pada tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan