Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjawat awam yang membocorkan dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto: Bernama.

Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan – Wan Junaidi

ByBernama

KUCHING, 3 Sept : Penjawat awam yang membocorkan dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelasnya, SPA mempunyai peruntukan dan kuasa disiplin tertentu, yang boleh diambil kepada pegawai terlibat.

“Dalam mahkamah ada peraturan dan perlembagaan. Kalau pegawai (yang membocorkan dokumen) ini bukan daripada pihak hakim, maka ada perundangan di bawah SPA untuk kuasa-kuasa disiplin (diambil).

“Perkara yang tidak patut berlaku telah berlaku. Jangan buat apa-apa yang boleh menjadi masalah kepada sesuatu badan dan dalam kes ini badan kehakiman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Parlimen Santubong, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kebocoran dokumen penghakiman keputusan kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai memaklumkan, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan dua individu melibatkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang pegawai undang-undang, bagi menyiasat kebocoran dokumen kes Rosmah itu.

Pada 27 Ogos lepas, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita berkaitan dokumen berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan