Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang -Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto TVS

Kuasai pelbagai bahasa namun tetap martabatkan bahasa kebangsaan – Wan Junaidi

ByAdlina Rahman

KUCHING, 3 Sept : Rakyat disaran belajar pelbagai bahasa asing namun pada masa sama perlu memartabatkan bahasa kebangsaan, kata Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang) itu berkata, ini kerana sudah terbukti penguasaan pelbagai bahasa akan memberi kelebihan kepada seseorang.

“Tidak salah untuk kita pelajari bahasa lain termasuk memperkasa bahasa Inggeris tetapi kita masih perlu memartabatkan bahasa kebangsaan kita, iaitu Bahasa Malaysia,” katanya.

Pelajari bahasa asing, martabat bahasa kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Kembara Anak Samurai di Santubong, di sini malam tadi.

Program itu melibatkan 13 orang pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) yang datang ke Sarawak untuk merasai pengalaman berkaitan budaya serta sejarah tempatan.

Mengulas lanjut mengenai Bahasa Malaysia, Wan Junaidi berkata, ianya mempunyai nilai tersendiri di luar negara.

“Orang luar seperti Jepun kini mula mempelajari Bahasa Malaysia dan menyedari kegunaannya.

“Jadi kita sendiri janganlah memperkecilkan bahasa tersebut,”tambahnya.

Sementara itu, mengenai program berkenaan, Wan Junaidi berkata, ianya mampu mempromosikan Sarawak kepada negara luar.

“Mereka (peserta Kembara Anak Samurai) boleh menjadi duta tanpa sebarang bayaran dan menceritakan pengalaman baik sewaktu berada di sini apabila balik ke negara asal,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan