Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet jiujitsu wanita negara mencipta kejayaan luar biasa apabila meraih dua pingat emas pada Kejohanan World Masters IBJJF (Persekutuan Jiujitsu Antarabangsa Brazil) 2022, di Las Vegas, Amerika Syarikat, semalam. Foto: FB Malaysia Jiu-Jitsu Federation.

Dua atlet jiujitsu wanita raih emas di Las Vegas

KUALA LUMPUR, 3 Sept : Atlet jiujitsu wanita negara mencipta kejayaan luar biasa apabila meraih dua pingat emas pada Kejohanan World Masters IBJJF (Persekutuan Jiujitsu Antarabangsa Brazil) 2022, di Las Vegas, Amerika Syarikat, semalam.

Cassandra J Poyong yang mewakili Team Buda International meraih pingat emas dalam kategori Master 1 Purple Feather diikuti Leda Guadalupa Garcia (GF Team) dengan perak manakala Camilla Lopez (BJJ Revolution) dan Jillian Louise Chalke (Checkmat) berkongsi pingat gangsa.

Seorang lagi atlet Malaysia, Lee Ai Jin yang juga mewakili Team Buda International, mengungguli kategori Master 2 Purple Rooster, manakala Chau Manalansan (Rilion Gracie) menang perak diikuti Federica D’ Amelio (Lilius Barnatt Martial Arts) pingat gangsa.

Sementara itu, Persekutuan Jiujitsu Malaysia dalam hantaran di akaun Instagram persatuan menyifatkan kejayaan Cassandra dan Ai Jin di Las Vegas adalah hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia.

“Tahniah, Cassandra dan Ai Jin atas kejayaan muncul juara. Kalian teruskan memberi motivasi dan inspirasi kepada masyarakat melalui kerja keras, dedikasi dan pencapaian kalian,” menurut hantaran itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan