Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Imran didakwa membunuh Alam Safiq, 32, di atas jalan tar berhadapan Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang. Foto: TVS
Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya dua minggu lalu. Foto TVS.

Tukang cuci warga Bangladesh dituduh bunuh rakan

BALIK PULAU, 2 Sept : Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Imran Miah, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Imran didakwa membunuh Alam Safiq, 32, di atas jalan berhadapan Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9.30 malam hingga 11.17 malam pada 21 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pada 22 Ogos lalu, TVS melaporkan polis menahan empat lelaki warga Bangladesh berusia 31 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang rakan mereka di Bukit Gedung, Bayan Baru, dekat sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-