Tidak serik dengan kes terdahulu, seorang buruh terpaksa menyerahkan sendiri dadah yang dimilikinya kepada pihak polis apabila beliau ditahan di tepi Jalan Petian Mukah dalam Ops Tapis pada petang Khamis. Foto: IPD Mukah.

Tidak serik, seorang buruh dari Dalat sekali lagi ditahan terlibat dadah

MUKAH, 2 Sept : Tidak serik dengan kes terdahulu, seorang buruh terpaksa menyerahkan sendiri dadah yang dimilikinya kepada pihak polis apabila dia ditahan di tepi Jalan Petian Mukah dalam Ops Tapis pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata suspek didapati mempunyai kes lampau yang masih belum selesai melibatkan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya lagi penahanan terhadap suspek dilakukan sekitar jam 2 petang oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

“Semasa pemeriksaan ke atas suspek kita menjumpai satu keratan tiub straw berwarna biru berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.35 gram (nilai anggaran RM50) yang diserah sendiri oleh suspek menggunakan tangan kiri.

“Seterusnya barang terlarang berkenaan telah dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek berusia 32 tahun itu, positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Kampung Medong Dalat itu turut terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak pertengahan tahun 2020 sehingga sekarang.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan