Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata usaha itu juga membuktikan kerajaan di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Foto: TVS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata usaha itu juga membuktikan kerajaan di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Foto: TVS

Projek RTP di Meradong capai kemajuan 65 peratus

SARIKEI, 2 Sept : Perlaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Meradong pada tahun ini sudah mencapai kemajuan sebanyak 65 peratus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, perkembangan itu disumbang oleh komitmen padu agensi pelaksana terlibat.

Katanya, ini seterusnya memberi manfaat besar kepada rakyat di kawasan itu.

“Pelaksanaan projek -projek berkenaan sangat penting bagi memastikan masyarakat di sini tidak ketinggalan untukk menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

“Ini juga membuktikan kerajaan di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Wushu 1,000 Liga Sekolah Menengah dan Rendah mengikut umur peringkat Bahagian Sarikei semalam.

Menurut Kuong Hiing, terdapat beberapa projek RTP DUN Meradong termasuk sekolah dan tempat ibadat siap lebih awal.

Sementara itu, Kuong Hiing turut memberitahu, ketika ini terdapat beberapa projek kesejahteraan rakyat lain berada dalam proses reka bentuk atau cabut undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan