Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau masih lagi belum berjumpa dengan Wtrom namun ia mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Anggota keselamatan dalang jenayah perlu diambil tindakan

SEMPORNA, 2 September: Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri diminta mengambil tindakan serius dan tidak berkompromi dengan anggota keselamatan yang menjadi dalang dan pelaku aktiviti jenayah.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pasukan keselamatan sepatutnya menjadi benteng pertahanan dalam menjaga keselamatan dan memastikan ketenteraman awam.

Menurutnya, baru-baru ini beliau menerima laporan berlakunya kes culik, rompak dan ugut orang awam oleh sekumpulan individu dipercayai anggota keselamatan negara berlaku di perairan Semporna.

“Mangsa merupakan pengusaha rumpai laut yang sedang dalam perjalanan untuk menjual hasil laut berdekatan Pulau Siamil, Semporna sebelum dirompak dan diugut kumpulan berkenaan.

“Jika benar seperti apa yang dilaporkan kepada saya, amatlah mendukacitakan, apa sudah jadi dengan sistem keselamatan kita?'” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pertahanan meletakkan aset-aset pertahanan dan juga kelengkapan keselamatan negara di lokasi tumpuan yang dikenalpasti terdedah dengan aktiviti jenayah.

Perkara itu katanya, penting bagi memudahkan pemantauan keselamatan dilakukan dengan lebih lancar khususnya jika berlaku kecemasan.

Mohd Shafie berkata, setiap tahun kerajaan memperuntukkan bajet berbilion ringgit bagi tujuan pertahanan dan juga keselamatan negara.

“Saya sedar dan tahu bahawa kos untuk membina, membeli serta memiliki aset-aset berkaitan keselamatan ini mahal.

“Tetapi adalah mustahil jika kita tidak langsung berupaya mengadakan aset-aset keselamatan ini di kawasan tumpuan yang kerap berlakunya pencerobohan dan juga rompakan,” tegasnya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan