Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bergegas ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.11 pagi, dan sebaik tiba, Chua Kok Wah, 62, didapati telah dibawa turun ke pondok pengawal di kaki gunung oleh orang awam.
Dalam kenyataan di sini malam tadi beliau memberitahu warga emas itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu dalam insiden berasingan seorang lelaki warga Myanmar yang terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan petang semalam bersama rakannya di Sungai Melayu berhampiran Kilometer 6.6 Jalan Ismail Sultan, Iskandar Puteri, ditemukan lemas pada pukul 7 malam tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin dalam kenyataan malam ini berkata mayat Anayatullah Habi Rahman, 27, ditemukan 15 meter dari lokasi dia dipercayai jatuh.
“Bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas dimaklumkan mengenai kejadian pada 3 petang semalam, sebelum menemukan mayat lelaki itu tersangkut pada ranting-ranting kayu hanyut,” katanya. -TVS