KUALA LUMPUR, 1 Sept : Mahkamah Tinggi memutuskan Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya hari ini.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah berhubung pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS