Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan media yang berkumpul di pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini gagal merakam secara lebih dekat ketibaan kenderaan yang membawa Datin Seri Rosmah Mansor kerana kenderaannya masuk melalui pintu B. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Rosmah dibawa masuk ke mahkamah menerusi pintu B

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Sept : Sekumpulan media yang berkumpul di pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini gagal merakam secara lebih dekat ketibaan kenderaan yang membawa Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana kenderaannya masuk melalui pintu B dan terus menuju ke lobi utama mahkamah.

Rosmah tiba kira – kira pukul 8.54 pagi tadi bagi mendengar keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1.Keputusan kes rasuah Rosmah ‘bersalah atau dibebaskan’ diketahui esok
  2. 2. Keputusan perbicaraan kes Rosmah dijangka diketahui hari ini
  3. 3. Rosmah tiba di Mahkamah dengar keputusan kes rasuah projek solar

Sejak pukul 7 pagi tadi, lebih 50 petugas media mula berkumpul di kawasan mahkamah namun sebahagian besar tidak dapat masuk ke kawasan lobi dan bilik perbicaraan kerana tidak memiliki pas kebenaran khas.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang memakai baju kurung dan selendang kuning cair akan mendengar keputusan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan sama ada beliau akan dibebaskan atau sebaliknya.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Semalam, Rosmah telah memfailkan permohonan pada saat-saat akhir supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada membuat keputusan kesnya berikutan dakwaan berlaku kebocoran dokumen penghakiman yang disediakan pihak lain dan tular dpada 26 Ogos lepas.

Difahamkan Mahkamah Tinggi akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan