Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Daerah Kuching telah berjaya menahan seramai 20 orang dalam operasi pusat hiburan di sebuah premis hiburan di Jalan Sungei Padungan dan Jalan Green Hill Kuching sempena ambang Merdeka. Foto: IPD Kuching

Pusat hiburan diserbu di Kuching, enam orang ditahan positif dadah

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 1 Sept: Polis Daerah Kuching telah berjaya menahan seramai 20 orang di sebuah premis hiburan di Jalan Sungei Padungan dan Jalan Green Hill Kuching dalam operasiĀ  ambang Merdeka pada 30 dan 31 Ogos yang lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, dalam operasi tersebut seramai 20 orang telah diperiksa untuk ujian saringan air kencing.

Katanya, hasil saringan awal, seramai enam lelaki telah didapati terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan empat daripada mereka turut didapati mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

“Kesemua lelaki itu telah ditahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 Akta dadah berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua yang diperiksa berumur dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua yang ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)a ADB 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi daripada RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi daripada dua tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan