Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perkhidmatan bas ekspress Kuching-Pontianak beroperasi semula

TEBEDU, 1 Sept: Perkhidmatan bas ekspress antara Kuching dan Pontianak telah beroperasi semula bermula hari ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata buat masa ini, dua buah syarikat perkhidmatan bas telah mendapat permit untuk beroperasi di laluan tersebut.

“Perkhidmatan bas dari Kuching ke Pontianak akan beroperasi sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

“Manakala, perkhidmatan bas dari Pontianak ke Kuching pula akan beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.” katanya.

Menyentuh mengenai peraturan perjalanan terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau memaklumkan bermula 1hb Ogos 2022 pelancong memasuki Malaysia tidak lagi perlu mengisi Borang Pra-berlepas dalam aplikasi MySejahtera.

Selain itu, pengembara tidak lagi diwajibkan untuk menjalani ujian calitan covid-19 dan tidak perlu menjalani kuarantin tanpa mengira status vaksinasi.

Bagaimanapun, pengusaha bas digalakkan untuk mematuhi piawaian semasa prosedur operasi termasuk melalui pemeriksaan suhu biasa dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan pengusaha bas bahawa pengambilan penumpang secara rambang sepanjang perjalanan adalah tidak dibenarkan.

“Pegawai penguatkuasa telah dimaklumkan untuk melakukan pemeriksaan dan menjalankan rondaan aktif untuk memastikan tiada pengambilan penumpang secara rambang”, tegasnya.

Beliau berkata ketika ditemui pada sidang media Majlis Pengoperasian Semula Bas Ekspres Antara Kuching, Sarawak, Malaysia Dan Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia pada Khamis.

Majlis tersebut turut dihadiri Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan, Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya), serta Konsul Jeneral Republik Indonesia Tuan Yang Terutama R. Sigit Witjaksono. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan