Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adlan dan Sri Mulyani memotong kek di majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Jakarta. Foto: David Andreas (TVS).

Majlis sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Jakarta berlangsung meriah

JAKARTA, 1 Sept : Kedutaan besar Malaysia menganjurkan majlis sambutan sempena Hari Kebangsaan ke-65 dan ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia di sini malam tadi.

Bertempat di Dewan Pejabat di Jakarta, Ketua Usaha Sementara Kedutaan Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq dilihat menyambut kehadiran Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati serta beberapa pemimpin ASEAN yanag diketuai oleh Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi.

Seramai lebih 600 tetamu yang terdiri daripada diplomat asing, ahli politik, tokoh media, pemimpin industri tempatan, profesional and ahli perniagaan Malaysia turut meraikan majlis sambutan tersebut.

Tetamu dihidangkan makanan khas Malaysia seperti satay, cha kuey teow, durian Musang King dan teh tarik serta dihiburkan dengan tarian kebudayaan oleh anak-anak warga kedutaan.

Dalam sambutannya, Adlan menzahirkan keyakinan agar bersempena sambutan tahun ke-65, ini hubungan Malaysia-Indonesia akan bertahan dan dipereratkan lagi sebagai sebuah keluarga dalam menghadapi cabaran masa depan di peringkat serantau dan global.

“Hubungan kekeluargaan ini adalah satu hakikat yang tidak dapat kita nafikan. Perkongsian bahasa, budaya, makanan, kesantunan, dan norma kehidupan mencerminkan kenyataan ini,” kata Adlan.

Malaysia akan terus bekerjasama rapat bersama Indonesia menyandang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.

Menurut beliau, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama di sektor sumber manusia, pelancongan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan, pelaburan dan perdagangan.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di Jakarta. Foto: David Andreas (TVS).

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani turut mendoakan yang terbaik untuk Malaysia dalam meraikan Hari Kebangsaan ke-65 dan menzahirkan keyakinan bahawa kedua-dua negara akan dapat pulih bersama dari kesan pandemik Covid-19.

Sri juga menyatakan dalam masa yang dinamik dan mencabar ini, beliau percaya hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia akan terus kukuh sepenuhnya dengan sokongan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga telah mengadakan dua lawatan kerja ke Indonesia, pada November 2021 dan April 2022.

Kedua pemimpin negara baru-baru ini juga telah menandatangani empat memorandum persefahaman yang bertujuan meningkatkan kerjasama dalam pendidikan, pertahanan, pengambilan serta perlindungan Perkhidmatan Domestik Indonesia dan kerjasama Kastam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan