Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fasa peralihan ke endemik pada 1 April lepas memberi kelegaan kepada agensi kerajaan dalam menganjurkan kejohanan sukan khusus untuk anggota penjawat awam.

Kejohanan sukan untuk penjawat awam kembali dianjurkan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Sept: Fasa peralihan ke endemik pada 1 April lepas memberi kelegaan kepada agensi kerajaan dalam menganjurkan kejohanan sukan khusus untuk anggota penjawat awam.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia, Radin Hedly Syah Radin Mohamad Hambali, tahun 2022 bakal diwarnai dengan beberapa penganjuran kejohanan sukan setelah dua tahun menyepi tanpa sebarang kejohanan akibat pandemik Covid-19.

“Hampir 2 tahun atlet-atlet penjawat awam tidak beraksi, 2020 merupakan tahun yang signifikan yang mana tiada ruang untuk kita anjurkan sebarang kejohanan akibat kekangan yang tidak dapat dielakkan.

“Tahun lepas kita hampir menganjurkan kejohanan tetapi bila kena ‘second wave’, kita ambil keputusan untuk batalkan dan pada tahun ini kita kembali anjurkan setelah beberapa sektor beransur dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Tenis MAKSAK 2022 di Kompleks Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA), di sini,hari ini.

Radin Hedly berkata, beliau memuji fasiliti dan pengurusan pihak SLTA yang menyediakan fasiliti dan kelengkapan yang secukupnya dalam kejohahan tersebut.

Sementara itu, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Dato Patrick Liew memberi kredit terhadap pujian tersebut kepada kerajaan negeri yang selama ini banyak menghulurkan bantuan kepada pihaknya dalam pembangunan sukan tenis.

“Saya ingin nyatakan di sini, ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri yang telah memberi sokongan penuh untuk pembangunan tenis di Sarawak dan juga di Malaysia.

“Saya berterima kasih kepada MAKSAK Malaysia kerana memilih SLTA sebagai ‘venue’ untuk kejohanan ini, saya amat berbangga dengannya,” katanya.

Kejohanan itu berlangsung selama empat hari bermula 1 hingga 4 September ini yang melibatkan penyertaan lebih 300 peserta daripada 16 kontinjen seluruh Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan