Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran pagi tadi merupakan kejadian kedua yang berlaku di pekan ini pada bulan ini. Foto PGO JBPM Sarawak.

Pekan Sebuyau dikejutkan dengan kes kebakaran terbaharu pagi tadi

SEBUYAU, 31 Ogos : Lima buah gerai di pekan ini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 4.49 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran membabitkan empat gerai makanan dan sebuah khemah menjual pakaian yang musnah 100 peratus.

Menurut PGO, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan empat Pasukan Sukarela Bomba (PBS) bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

ā€œDalam usaha mengawal kebakaran, pasukan BBP Simunjan membentangkan satu hos pancutan sepanjang 200 kaki dan melakukan overhaul bagi memastikan tiada lagi punca api.

ā€œTiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,ā€ jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.

Untuk rekod, kebakaran ini merupakan kali kes kebakaran kedua di Sebuyau pada bulan ini.

Pada 6 Ogos lepas, 10 lot kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 2 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan