Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Pengupayaan Digital MYNIC Berhad, Md Fariz Ahmad Sanusi memperincikan tajuk Memperkasakan industri perniagaan tempatan dan cabaran digitalisasi global" ketika ditemu bual dalam program Sejahtera Asia baru-baru ini.

MYNIC tingkatkan pendapatan usahawan OKU cecah RM100,000 sebulan

ByNurul Amarlina

KUCHING, 31 Ogos : Usaha MYNIC untuk memperkasa ekonomi digital tempatan telah berjaya membantu perniagaan dua orang usahawan Orang Kuraya Upaya (OKU) meraih pendapatan mencecah RM100,000 sebulan.

DAPE Garage yang diasaskan oleh Mohd. Afiq Barni dan Hairul Anuar yang merupakan OKU berdepan masalah kesihatan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.

Kedua -dua usahawan ini menjual ciptaan mereka iaitu peranti mekanikal yang membolehkan pemandu OKU atau lumpuh mengendalikan kenderaan menggunakan tangan.

“Sejak 30 tahun lalu, MYNIC Berhad adalah pendaftar rasmi domain .my dan terus mempromosikan dan memperkembang penggunaan domain .my,” kata Ketua Pegawai Pengupayaan Digital MYNIC Berhad, Md Fariz Ahmad Sanusi kepada TVS ketika ditemu bual dalam program Sejahtera Asia, terbitan TVS baru-baru ini.

Katanya, MYNIC memberi peluang kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan melatih mereka menghasilkan laman web untuk penjenamaan dan pemasaran digital.

Beliau memetik DAPE Garage sebagai contoh perusahaan digital yang berjaya.

“Dalam masa dua bulan laman web siap, trafik mencecah 116,000 orang.

“Pendapatan pula meningkat daripada RM3,000 ke RM5,000 kemudian menjadi RM20,000 dan seterusnya RM30,000 sebulan.

“Pendapatan mereka pada Mei 2021 mencecah RM100,000,” katanya lagi.

Peranti mekanikal untuk pemandu OKU ciptaan DAPE garage yang dipasang ke dalam kenderaan pelanggan. Foto: DAPE Garage

Katanya, antara langkah yang dilaksanakan MYNIC ialah dengan menghubungkan DAPE Garage kepada myIPO untuk mendaftar paten produk dan jenama mereka.

“Menariknya ciptaan mereka juga telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),”katanya.

Jelas Md Fariz, antara misi MYNIC adalah untuk memastikan rakyat sentiasa terkehadapan dalam digital ekonomi yang berasaskan domain .my. 

“Sebagai usahawan, mereka bukan sahaja perlu mengetahui tentang e-marketplace, seperti eBay, Shopee, Lazada atau media sosial, tetapi harus merujuk kepada ekosistem e-dagang yang lengkap seperti premis digital, bagaimana mengambil peluang di media sosial dan harus tahu menggunakan enjin carian,”katanya.

Dalam pada itu, Md Fariz juga mengalu-alukan usahawan untuk menggunakan domain .my yang masih belum digunakan oleh orang ramai menggunakannya iaitu seramai 320,000 domain berdaftar dengan MYNIC untuk .my

Katanya, antara manfaat penggunaan domain.my dapat meningkatkan kebolehpercayaan selain mendapat kedudukan tinggi dalam enjin carian seperti Google.

Pihaknya merancang untuk membuka pasaran domain .my ke pasaran luar negara hujung tahun ini.

MYNIC adalah agensi di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pengupaya kejayaan ekonomi digital di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan