Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Johan Ghazali Zulfikar yang juga juara remaja dunia menyasarkan untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen Bumi Kenyalang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke -20 di Kuala Lumpur pada bulan depan. Foto TVS.

Juara remaja dunia mahu sumbang emas untuk Sarawak pada SUKMA

ByAkma Salleh

KUCHING, 31 Ogos : Atlet remaja Muay Thai Sarawak, Mohammad Johan Ghazali Zulfikar yang juga juara remaja dunia menyasarkan untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen Bumi Kenyalang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke – 20 di Kuala Lumpur, bulan depan.

Masih segar dengan kejayaan sensasi yang dilakar pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 baru -baru ini, Mohammad Johan berkata, persiapannya untuk temasya berkenaan sudah mencapai 90 peratus dan hanya tinggal beberapa aspek perlu diperbaiki sebelum pertandingan bermula.

Atlet berusia 16 tahun itu berkata, dia akan menampilkan aksi terbaik apabila dijadual bertemu wakil Kedah pada pusingan awal.

Baca artikel berkaitan >>>>> Atlet Muay Thai Sarawak muncul juara remaja dunia

“Sebenarnya ini merupakan penampilan kali pertama saya pada pentas SUKMA walaupun telah muncul juara (remaja dunia) namun saya tetap mahu pamerkan prestasi terbaik sekaligus muncul juara,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Sementara itu walaupun menonjol dalam sukan tempur berkenaan, Mohammad Johan berkata, dia tidak melupakan pelajaran malahan bersetuju supaya kedua – duanya perlu seimbang untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

“Saya sangat meminati bidang sukan malah sanggup berkorban untuk Muay Thai namun perlu berdisplin dalam menguruskan masa,” katanya.

Kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas Kuching ini, bangun seawal pukul 4.30 untuk berlatih sudah menjadi rutin hariannya malah perlu jujur dalam latihan.

“Jujur yang saya maksudkan ialah apabila jurulatih arahkan berlari sejauh 12 kilometer (km), pastikan selesaikan jarak itu, jangan tipu,” katanya.

Ditanya tentang sikapnya di sekolah, anak kacukan Malaysia – Amerika yang mula menceburi sukan itu sejak usia 10 tahun berkata, dia hanya pelajar yang biasa dan ‘tidak ganas’.

Secara berseloroh, dia berkata, mungkin di gelanggang tempur ada yang gerun melihatnya namun dia tidak memukul rakan – rakan di sekolah.

“Jika ada yang bertanya bagaimana saya boleh terjebak dengan Muay Thai pula, jawapannya ialah kerana sejak kecil didedahkan oleh ibu dan bapa saya juga aktif dalam sukan ini malah adik beradik yang lain turut terlibat,”katanya.

Pada Kejohanan IFMA baru – baru ini, dia menang pingat emas setelah menewaskan Rustam Yunusob dari Rusia menerusi keputusan 20-18 bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan