Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyeleweng dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk kepentingan peribadi walaupun beliau adalah pengasas yayasan itu. Foto: BERNAMA

Tidak guna dana untuk kepentingan peribadi walaupun saya pengasas YAB – Ahmad Zahid

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Ogos :  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyeleweng dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk kepentingan peribadi walaupun beliau adalah pengasas yayasan itu.

Ahmad Zahid, 69, berkata dana yayasan itu digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif YAB.

“Saya tidak boleh menggunakan dana yayasan itu untuk kepentingan peribadi,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh semasa membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.

Semasa disoal seorang lagi peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal mengenai sama ada bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad Chew Ben Ben memberitahu tujuan cek RM6 juta diserahkan, Ahmad Zahid menjawab “sumbangan politik”.

Ahmad Zaidi: Mengapa sumbangan daripada Datasonic yang Datuk Seri (Ahmad Zahid) terima masuk ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co dan tidak buat aktiviti politik daripada sumbangan itu?

Ahmad Zahid: Yang Arif, sebarang sumbangan politik walaupun untuk aktiviti peribadi saya sebagai ahli politik, saya masukkan (sumbangan) ke dalam akaun Lewis & Co sebagai pemegang amanah (YAB) adalah untuk disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang dibenarkan sebagaimana terdapat dalam M&A untuk tujuan atau objektif YAB.

Pada prosiding sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Chew adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 2 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan