Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar dan guru SK Kampung Tellian bersama pakaian tradisional masing-masing

SK Kampung Tellian anjur perarakan pakaian tradisional Hari Kebangsaan

MUKAH, 30 Ogos : Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian, Mukah tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan sambutan hari kemerdekaan tahun ini apabila buat julung kalinya sekolah tersebut telah menganjurkan perarakan khas pakaian tradisional bersempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Perarakan yang disertai lebih 235 pelajar dan guru sekolah tersebut merupakan kemuncak kepada program ambang kemerdekaan yang dilaksanakan pihak sekolah bersama warga ibu bapa sepanjang bulan kebangsaan ini.

Menurut Guru Besar Sk Kampung Tellian Syazana Abdullah, sambutan hari kebangsaan pada tahun ini merupakan satu kelainan buat warga sekolah kerana ia merupakan tahun pertama pihaknya dapat melaksanakan perarakan di kawasan kampung Tellian.

“Sebelum ini kami menumpang di Sk Mukah kini di bangunan baru jadi kira tahun ini perasaan agak seronok jugalah kita lihat pelajar pelajar juga gembira kita dapat berarakan di sepanjang padang bersebelahan dengan sekolah.

“Kita juga dapat lihat pakaian pelajar memang semuanya bertemakan hari kebangsaan dan mengunakan pakaian tradisonal.

“Dari situ kita dapat lihat kerjasama ibu bapa terutama dari segi penglibatan mereka amat baik sebab mereka menyokong segala saja aktiviti kita, kira seronok juga melihat pelbagai jenis baju tradisional mereka gunakan tadi,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap agar generasi muda terus bersyukur dalam menikmati kehidupan dalam keadaan aman dan harmoni kini dan beliau mengajak warga sekolah untuk terus menyemarakkan keharmonian sebagai sebuah keluarga demi negara tercinta.

Nor Aini Abdullah, yang merupakan ibu kepada salah seorang pelajar sekolah berkenaan, melahirkan rasa gembira beliau dengan aktiviti sedemikian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

“Sekolah lakukan perarakan ini sambil pelajar memperagakan baju tradisional mereka masing-masing, ini salah satu cara untuk mereka berbangsa dengan pakaian tradisioanl mereka masing-masing, sambutan ini saya harap akan berterusan jika boleh diadakan sepanjang bukan kemerdekaan,” katanya

Abdul Pata Yassin pula mengakui ia boleh dianggap sebagai hari bersejarah buat sebahagian pelajar kerana bagi yang memasuki dunia persekolahan pada tahun 2020 hingga 2021 yang tidak dapat merasakan merayakan Hari Kemerdekaan, maka tahun inilah mereka boleh merasai kemeriahan Hari Kemerdekaan.

“Semoga dengan sambutan hari ini memberi makna untuk diri mereka tidak kira bangsa, agama, kepercayaan mesti terus bersatu padu,” jelasnya lagi.

Program turut disemarakkan dengan nyanyian lagu patriotik oleh 235 pelajar sekolah, acara peragaan pakaian tercantik, pertandingan kelas tercantik, pertandingan sajak di sudut speaker, cop jemari Anak Malaysia dan pertandingan basikal berhias. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan