Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, R. Jegan (kiri) menunjukkan minyak diesel yang disita pihaknya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Stor Eksibit KPDNHEP, Bukit Minyak di Bukit Mertajam hari ini. --Foto TVS

KPDNHEP gagalkan cubaan seleweng 21,000 liter minyak diesel bersubsidi

BUKIT MERTAJAM, 30 Ogos : Sebanyak 21,000 liter (l) minyak diesel bersubsidi bernilai kira-kira RM45,150 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Paboi, Simpang Ampat dekat sini malam tadi.

Pada operasi kira-kira pukul 11.30 malam itu, empat individu warga tempatan berusia 30 hingga 50 tahun yang dipercayai terlibat memindahkan minyak diesel berkenaan turut ditahan.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, R. Jegan berkata, ketika serbuan, pihaknya mendapati empat lelaki sedang melakukan kerja pemindahan minyak diesel dari lori kanvas 10 tan ke lori tangki.

“Dianggarkan terdapat 5,000 liter minyak diesel dalam lori terbabit, manakala lori tangki pula sudah diisi kira-kira 10,000 liter minyak diesel.

“Bukan itu sahaja, di dalam premis yang tidak berlesen terbabit, kita turut menemui sebuah lori yang telah diubahsuai dan telah diisi dengan 6,000 liter minyak diesel,” katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Stor Eksibit KPDNHEP, Bukit Minyak di sini hari ini.

Menurut beliau, pada operasi berkenaan, dua buah lori kanvas dan sebuah lori tangki bersama minyak diesel berkenaan yang keseluruhannya bernilai RM115,150 disita bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan