Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JDT dilihat seperti melepaskan geram pada aksi malam tadi susulan tersingkir di pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara AFC, selepas tewas 0-5 kepada Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama 2002, Jepun, pada 19 Ogos lepas. Foto : Bernama

JDT terus unggul di persada liga, benam Melaka United FC 4-0

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 30 Ogos : Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super selepas membenam Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

JDT dilihat seperti melepaskan geram pada aksi malam tadi susulan tersingkir di pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara AFC, selepas tewas 0-5 kepada Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama 2002, Jepun, pada 19 Ogos lepas.

Terdahulu, skuad kendalian Hector Bidoglio yang menguasai perlawanan separuh masa pertama menjaringkan gol seawal minit 13 menerusi Fernando Martin Forestieri.

Pemain sensasi dari  Brazil, Bergson Gustavo Silveira Da Silva juga tidak ketinggalan menghadiahkan dua jaringan masing-masing pada minit 32 dan 42.

Anak buah Mohd Asri Ninggal dilihat mempunyai peluang keemasan untuk membuat jaringan pada babak kedua perlawanan, menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria selepas menerima hantaran jauh Syahrul Azwari Ibrahim, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, menghadang jaringan pada minit 56.

JDT yang dihadiahkan sepakan percuma selepas Bergson dijatuhkan Mohamad Fakrullah Rosli pada minit 66, bagaimanapun, gagal menambah jaringan selepas sepakan yang diambil oleh Leandro Sebastian Velasquez berjaya ditepis penjaga gol Tian Keat See.

Percubaan Muhammad Safawi Rasid dalam kotak pada minit ke-79 juga kecundang selepas tendangannya ditepis Tian.

Namun begitu, Bergson melakukan kejutan dengan mencipta hatrik pada perlawanan kali ini selepas tendangan kencangnya membolosi gawang Melaka United FC pada minit ke 85, sekali gus mencatatkan jaringan ke-20 beliau dalam liga musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 15 perlawanan dan mengumpul 41 mata, sekali gus memberi laluan cerah kepada Skuad Harimau meraih kejuaraan liga kali kesembilan berturut-turut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan