Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Universiti Swinburne dari Australia nyatakan kesediaan berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk membantu Sarawak  merealisasikan Strategi PCDS2030.

Universiti Swinburne Australia nyata kesediaan bantu realisasikan PCDS30

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 29 Ogos : Delegasi Universiti Swinburne Australia menyatakan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam cabang teknologi untuk membantu Sarawak  merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 Sarawak.

Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan Universiti Swinburne, Professor Karen Hapgood memaklumkan, pihaknya telah menyampaikan hasrat tersebut ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching, hari ini.

“ Kami berpeluang berbincang dengan Premier Sarawak mengenai digital dan transformasi serta rancangan dan Strategi Pembangunan Pasca COVID dan mengenai kepakaran kami dalam bidang industri 4.0 iaitu dalam aspek pembuatan, robotik, automasi, transformasi digital yang mana boleh kami sumbangkan ke arah mencapai matlamat kerajaan Sarawak” katanya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan Pro Canselor University Swinburne Sarawak.

Pertemuan yang berlangsung selama 40 minit itu turut dihadiri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Pengerusi Lembaga Pengarah University Swinburne Sarawak dan Pro Naib Canselor Universiti Swinburne, Dr Douglas Proctor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan