Ini, menurut Perdana Menteri kerana peningkatan dalam pelaburan serta permintaan bekalan elektrik mesra alam atau elektrik hijau akan membuka peluang ekonomi dan perniagaan baharu kepada pemain industri Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan.
“Mengambil kira Malaysia memiliki rantaian nilai industri TBB yang kukuh daripada peringkat pembuatan sehingga ke peringkat pembekalan perkhidmatan, negara dalam hal ini perlu memanfaatkan kelebihan dimiliki untuk menarik pelaburan hijau dan bernilai tinggi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui (IRENA) Francesco La Camera. -TVS