Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Parti Bangsa Malaysia, Datuk Larry Sng Wei Shien.

PBM mahu sertai BN namun belum bincang dengan GPS

KOTA KINABALU, 29 Ogos : Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyatakan keinginan mereka untuk bersama Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ujar beliau, PBM menyokong kerajaan dan juga mesra dengan gabungan mana-mana parti yang senada dengan perjuangan mereka.

“Kita menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“PBM juga telah membuat permohonan untuk menyertai BN dan sekarang menunggu keputusan mengenai status permohonan untuk menjadi parti komponen BN,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu beliau berkata, PBM tidak akan bertanding di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya Larry berkata, mereka hanya mahu mempertahankan empat kerusi Parlimen yang kini disandang oleh ahli-ahli Parlimennya.

Empat kerusi Parlimen itu masing-masing Ampang, Tebrau, Julau dan Lahad Datu.

Jumlah kerusi itu dijangka akan bertambah dengan penyertaan beberapa ahli Parlimen yang akan menyertai PBM pada masa terdekat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan