Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan pagi tadi selepas tiga hari hilang ketika bot yang dinaiki bersama empat rakan karam pada Sabtu lalu di Sungai Jelalong. Foto: BBP Bintulu

Mayat mangsa bot karam di Sungai Jelalong Bintulu ditemui

BINTULU, 29 Ogos : Mayat seorang lelaki warga asing yang dilaporkan hilang ketika bot yang dinaiki bersama empat rakannya karam di Sungai Jelalong, di sini Sabtu lalu berjaya ditemukan pagi tadi.

Mangsa yang dikenalipasti sebagai Ridwan merupakan seorang warga indonesia ditemukan oleh penduduk kampung sekitar jam 8.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson, ketika dihubungi TVS, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat pada jam 9.00 pagi tadi.

“Pihak kami dimaklumkan bahawa mayat mangsa telah dijumpai penduduk kampung kira-kira 2 kilometer ke hilir dari tempat kejadian,” katanya.

Katanya, mangsa dtemui tersangkut di sebalik ranting kayu di tebing sungai berkenaan.

Menurutnya, pengecaman yang dibuat oleh rakan mangsa semasa kejadian mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam tersebut.

Katanya lagi, pasukan operasi kemudiannya meyerahkan mayat berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi SAR yang turut dibantu oleh penduduk kampung itu kemudiannya ditamatkan pada jam 11.20 pagi.

Dalam kejadian sekitar 8.00 pagi Sabtu lalu, mangsa yang sepatutnya turun bekerja untuk membuat struktur bangunan SK Kuala Kebulu dilaporkan hilang dibawa arus sungai manakala empat rakan yang lain berjaya diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan setelah bot yang mereka naiki terbalik dan karam di tengah sungai berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan