Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi penemuan mayat seorang lelaki warga asing di ladang betik di Kampung Dalam Wang, Baling, semalam. Fotoz: PDRM

Lelaki warga asing mati dibunuh dalam ladang betik

BALING, 29 Ogos : Seorang pekerja warga asing ditemukan mati dengan kesan kecederaan pada badan, dipercayai dibunuh di sebuah kebun betik di Kampung Dalam Wang di sini semalam.

Mangsa lelaki itu, yang tidak diketahui identitinya, dijumpai oleh orang awam yang membuat laporan polis sekitar jam 11.30 pagi.

Kesan luka difahamkan ditemui pada dahi kiri mangsa yang disyaki dicederakan dengan benda tajam, selain lebam pada belakang badan dan lengan kanan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pihaknya memberkas dua individu untuk membantu siasatan dalam serbuan antara jam 3.00 hingga 5.00 petang semalam di daerah ini.

“Polis menangkap seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 33 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.

“Mereka adalah majikan dan rakan sekerja kepada si mati, manakala kita memburu seorang lagi lelaki warga asing yang juga rakan mangsa,” Shamsudin menjelaskan dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin menambah, suspek warga asing didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, manakala suspek warga tempatan tiada sebarang rekod jenayah.

“Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan, dan suspek direman selama seminggu hingga Ahad depan bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan