Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hari ini menerima insentif berjumlah RM500,000 atas kejayaan mereka merangkul gelaran dunia sulung buat Malaysia, baru-baru ini.

Lebih banyak kejayaan bakal menanti Aaron Chia – Wooi Yik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos : Bukan sahaja berjaya menamatkan badi kekalahan di separuh akhir malah lebih manis beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini berdiri megah di puncak dunia.

Pencapaian Aaron-Wooi Yik yang menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, dilihat mampu menjadi titik tolak kebangkitan mereka mengukir nama di persada dunia.

Baca berita berkaitan:

  1. 1. Strategi berhasil, beregu Malaysia raih gelaran pertama juara dunia – Rexy
  2. 2. Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia

Aaron-Wooi Yik menumpaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun, semalam.

Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek percaya kejayaan bersejarah Aaron-Wooi Yik menguatkan lagi mental serta meningkatkan tahap permainan mereka sekali gus menghadirkan lebih banyak kejayaan membanggakan dalam  mana-mana kejohanan ataupun temasya sukan disertai selepas ini.

“Kejayaan ini akan beri lebih semangat untuk mereka terus berjuang lakar nama di persada dunia tak kira pertandingan mana sekali pun termasuk Sukan Olimpik Paris 2024, kita harap mereka terus berjaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dengan reputasi Aaron-Wooi Yik yang kini bergelar juara dunia dan meraih gelaran pertama mereka semalam, Razif berharap agar beregu nombor enam dunia itu tidak lagi berasa tertekan dan terus bersungguh-sungguh menampilkan aksi terbaik di gelanggang.

Dalam pada itu, Razif, yang pernah muncul naib juara dunia 1987 bersama Datuk Seri Jalani Sidek, memuji corak pertahanan mantap dipamerkan Aaron-Wooi Yik sehingga berjaya memerangkap Ahsan-Setiawan.

“Mereka begitu bersemangat untuk dapat kemenangan, saya anggap ia satu idea bagus dan berani oleh Aaron-Wooi Yik menukar corak permainan daripada menyerang kepada bertahan sehingga berjaya lemahkan pemain Indonesia,” katanya.

Razif pada masa sama juga menyifatkan kepulangan semula pakar beregu dari Indonesia, Rexy Mainaky ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia sejak Disember lepas sebagai faktor utama kejayaan Aaron-Wooi Yik bergelar juara dunia baharu.

Jelasnya, percaturan BAM melantik Rexy sebagai Pengarah Kejurulatihan Beregu membuktikan jurulatih berusia 54 tahun itu mempunyai ramuan dalam meletakkan pemain beregu negara ke tahap lebih tinggi.

Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final masing-masing dalam acara perseorangan lelaki sebanyak lima kali dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.

Bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan di pentas final terbanyak iaitu empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 diikuti Wong Choong Hann (2003) selain Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan