Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan Sarawak meneruskan perlaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 dengan 5 pakej bantuan berjumlah RM 1 bilion. Foto: Haffeezur Muzamir

Kerajaan Sarawak umum BKSS 9.0 berjumlah RM 1 bilion

ByHafeezzur Muzamir
KUCHING, 29 Ogos : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri meneruskan perlaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.
 
Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak mengekalkan empat pakej sedia ada iaitu diskaun bil eletrik, diskaun bil air, diskaun taksiran cukai pintu, diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai serta satu pakej baharu iaitu Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0.
 
“Inisiatif tersebut diambil kerajaan Sarawak selepas mengambil kira situasi semasa yang semakin mencabar dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan inflasi ekonomi yang meningkat di Malaysia iaitu sebanyak 3.4 peratus pada bulan yang sama berbanding 2021.
 
“Manakala inflasi di Sarawak pula meningkat sebanyak 3.2 peratus berbanding pada bulan yang sama pada tahun lepas.
 
“Keputusan ini dibuat bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dengan kos sara hidup yang  semakin meningkat dan tempias dari inflasi ekonomi,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.
 
Jelasnya lagi empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.
 

“Langkah pertama diskaun bil eletrik, Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM201.76 Juta.

“Langkah kedua, diskaun 10% hingga 25% juga diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

“Langkah ketiga, diskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.

“Langkah keempat, diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC yang mana ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.73 juta,” katanya.

Tambahnya langkah baharu dalam bantuan BKSS 9.0 pula adalah Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0 yang bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di negeri ini dengan kenaikan harga binaan.

“Bantuan ini untuk kontrak berterusan dengan Surat Setuju Terima (LOA) yang dikeluarkan antara 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

“Ia meliputi 15 bahan tambahan untuk kerja binaan dan 10 bahan tambahan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam.

“Kerajaan Sarawak menanggung kos kira-kira RM700 juta untuk membenarkan perubahan harga,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan