Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud mengegarkanĀ barat laut Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pagi tadi.

Gempa bermagnitud 6.4 gegarkan Sumatera Barat

ByTVS

JAKARTA, 29 Ogos : Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud mengegarkanĀ barat laut Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pagi tadi.

Menurut Agensi Meteorlogi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku pada pukul 10.29 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan pada kedudukan 116 kilometer (km) barat kepulauan Mentawai, Sumatera Barat dengan kedalaman 10 km di bawah dasar laut.

Menurut BMKG, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

ā€œSebelumnya, gegaran lebih awal dengan magnitud 5.9 terjadi pada 5.34 pagi tadi, ini merupakan gempa susulan yang lebih besar,ā€ kata agensi berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung kemusnahan dan jumlah mangsa yang terjejas akibat kejadian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan