Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembangunan di Kampung Bako mengikut konsep yang telah dilaksakaan di Skim Penempatan Semula Darul Hana. Foto: TVS

Pembangunan Kampung Bako teladani model Darul Hana

KUCHING, 28 Ogos : Pembangunan di Kampung Bako bakal mengikut model yang dilaksakaan oleh Kerajaan Sarawak di Skim Penempatan Semula Darul Hana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Kampung Bako yang merupakan penempatan terawal masyarakat Melayu di Kuching perlu dibangunkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaaan penduduk.

Katanya, pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan di Skim Penempatan Semula Darul Hana sebelum ini telah memberikan nilai tambah kepada hartanah di kawasan itu apabila harga rumah melonjak kepada RM250 000 berbanding RM100 000 sebelum itu.

“Oleh itu, saya cukup yakin sekiranya konsep pembangunan sama dibawa ke sini, (Kampung Bako) penduduk akan menyokong kerana akan memberi nilai tambah kepada aset mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Bako Hilir, di sini hari ini.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, beliau akan bertemu dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin untuk mencadangkan satu program penempatan semula yang mempunyai jangka masa tertentu untuk dilaksanakan di kampung itu.

“Tapak perlaksanaan program penempatan semula itu telah dibincangkan dengan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak iaitu di laluan cadangan pembinaan Jalan Buntal ke Bako,”katanya.

Namum begitu ujar beliau perancangan itu akan mengambil masa sehingga 10 tahun memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan termasuk urusan pengambilan tanah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan