Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemerdekaan yang dikecapi lebih bermakna jika diisi dengan generasi yang dilengkapi ilmu pengetahuan dan kemahiran, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto TVS.

Isi kemerdekaan dengan ilmu dan kemahiran

LAWAS, 28 Ogos : Kemerdekaan yang dikecapi akan lebih bermakna jika diisi dengan generasi yang berilmu pengetahuan dan kemahiran.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini penting agar rakyat Sarawak akan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri dan seterusnya menjadi penggerak kepada pembangunan itu.

Kata beliau, kegagalan untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran akan menyebabkan seseorang itu hanya menjadi penonton kepada pembangunan.

“Ini kerana teknologi berkembang jauh, pengetahuan dan ekonomi mula bergerak ke arah pendigitalan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia di Kampung Baru Sundar, semalam.

Program itu turut disertai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Sum Agong, Pengarah Penerangan Sarawak, Jaafar Jantan, Rdan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Jawa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan