Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pencalonan wakil Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh yang terdekat, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto TVS.

Calon Lembaga Pengarah LHDN Sarawak akan dimuktamad dalam tempoh terdekat

KUCHING, 28 Ogos : Pencalonan wakil Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, keputusan akan diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Mesyuarat melibatkan beberapa jawatankuasa termasuk Majlis Khas MA63 yang dipengerusikanoleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan Abang Johari akan berlangsung dalam masa terdekat.

“Jadi keputusan akan diputuskan ketika mesyuarat berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penangguhan Pemerkasaan Wanita di Kolej Komuniti Kuching, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai MA63, kata beliau, perjuangan itu akan sentiasa diteruskan termasuk perkara di bawah Artikel 122.

“Kita juga menunggu untuk geran istimewa di bawah artikel itu di mana Sarawak telah memberi formula khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai peruntukan review of special grand,  sekarang kita tunggu keputusan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan