Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian ahli UMNO yang hadir pada Taklimat Khas Presiden di Dewan Merdeka, PWTC di sini hari ini. Foto: Firdaus Ismail (TVS)

TERKINI : Zahid Hamidi minta ahli UMNO dan BN bersedia hadapi PRU pada bila-bila masa

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli-ahlinya bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) pada bila-bila masa.

Berucap pada Majlis Taklimat Khas Presiden hari ini, Ahmad Zahid berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) adalah pengukuhan kepada obor-obor perjuangan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk parti dan negara.

“Malam ini kami kepimpinan tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan keputusan seperti mandat yang anda semua berikan dalam dewan ini,” katanya ketika berucap di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Diiringi laungan ‘bubar’ beberapa kali oleh sebahagian besar lebih 3,000 ahli UMNO yang hadir, Ahmad Zahid berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membiarkan harapan ini pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan