Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli - ahli UMNO yang hadir pada Taklimat Khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula memasuki dewan. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Ratusan ahli UMNO mula masuk Dewan Merdeka

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Menjelang Taklimat Khas UMNO yang dijadualkan bermula pukul 2 petang ini, ratusan ahli berpakaian merah mula memasuki Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Bagaimanapun, setakat pukul 1.15 petang tadi, hanya ahli yang mempunyai pelekat khas dibenarkan masuk.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir untuk menyampaikan ‘amanat khas’.

Tindak tanduk UMNO yang pernah menjadi parti dominan dalam politik negara kini menjadi perhatian susulan pemenjaraan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bNajib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ini menjadikan beliau sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang dipenjarakan.

Sebagai reaksi, UMNO mengarahkan ahli -ahlinya berkumpul di Dewan Merdeka hari ini dengan berpakaian merah. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan