Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DATIN SERI ROSMAH MANSOR
Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadual mengetahui keputusan kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion esok. --foto Bernama

Keputusan kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.

Pejabat itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan dibuat berikutan laporan yang disiarkan Portal Malaysia Today bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022’ dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here’ yang dikeluarkan semalam.

“Perbuatan itu merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat berkenaan laporan portal tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa badan kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.

Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Sept ini untuk keputusan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan