Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 64 tahun itu terdiri daripada tujuh warga Indonesia, enam warga Sri Lanka dan tiga warga India termasuk kapten kapal. Foto: FB APMM.

APMM selamatkan 16 kru kapal dagang hanyut di Pulau Pemanggil

ByBernama

MERSING, 27 Ogos : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan 16 kru kapal dagang warga asing selepas bot penumpang dinaiki mereka kehabisan minyak dan hanyut kira-kira 40 batu nautika dari perairan Sedili, Kota Tinggi, sejak Rabu lepas.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 64 tahun itu terdiri daripada tujuh warga Indonesia, enam warga Sri Lanka dan tiga warga India termasuk kapten kapal.

Beliau berkata Pusat Operasi Zon Maritim Mersing menerima maklumat daripada Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru berhubung sebuah bot penumpang yang kehabisan bekalan minyak ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Batam, Indonesia.

“Bertindak atas maklumat, Bot Perkasa 44 digerakkan ke lokasi dan menyelamatkan kesemua mangsa di kedudukan kira-kira lima batu nautika barat daya Pulau Pemanggil, di sini, pada 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua mangsa merupakan kru kapal dagang MT Voras, berdaftar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diturunkan di perairan Sedili, sebelum menaiki bot penumpang itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Nizam berkata pihaknya membawa kesemua mangsa berserta bot tersebut ke jeti untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut.

Beliau turut mengingatkan komuniti maritim supaya mengutamakan keselamatan terutama ketika keadaan laut bergelora dan cuaca yang tidak menentu.

“Amalkan langkah keselamatan semasa berada di laut dengan memakai jaket keselamatan dan membawa bersama peranti pengesan lokasi individu (PLB) bagi memudahkan pihak APMM mengenal pasti lokasi sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan