Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka Jepun 2022 bermula di Osaka, esok, sehari selepas mereka dinobatkan sebagai juara dunia di Tokyo. Foto: BERNAMA

Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran juara dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan badi terkandas di peringkat separuh akhir apabila muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, hari ini.

Pada aksi separuh akhir berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan ranking keenam dunia menampilkan semangat juang tinggi dan dengan penuh bergaya menewaskan pasangan ketujuh dunia Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 20-22, 21-18, 21-16.

Ketinggalan 7-12 suatu ketika di set pertama, beregu lelaki utama negara itu bangkit memperbaiki permainan untuk memberi saingan sengit sehingga mata terikat 16-16, 19-19 dan 20-20, sebelum beberapa kesilapan dilakukan dan mereka terpaksa akur dengan keputusan 20-22.

Aaron-Wooi Yik terus diberi tekanan hebat pada set kedua dan ketiga, namun pasangan negara itu berjaya bertahan dengan tenang dan menyerang tajam untuk meraih kemenangan 21-18 dan 21-16.

Ini merupakan penampilan keempat mereka di kejohanan dunia dengan pencapaian terbaik beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.

Bercakap kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan Aaron berkata: “Pastinya kami gembira dengan persembahan hari ini, namun misi kami belum selesai, ada satu lagi perlawanan.”

Pada aksi final esok, pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akan membuat perhitungan dengan pilihan ketiga yang juga bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Terdahulu, Ahsan-Hendra menundukkan rakan senegara Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 23-21, 12-21, 21-16.

Aaron-Wooi Yik gagal melepasi peringkat separuh akhir sebanyak enam kali tahun ini termasuk pada penampilan di Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini.

Kali terakhir beregu lelaki negara mara ke final kejohanan dunia adalah pada edisi 2010 di Paris yang menyaksikan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun-Fu Haifeng dari China.

Selain itu, gandingan muda negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mencipta kejutan tahun lepas apabila meraih gangsa pada kejohanan dunia di Huelva, Sepanyol. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan