Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM2.5 juta bagi tujuan subsidi yuran taska dan tadika di negeri ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak lulus RM2.5 juta untuk subsidi taska, tadika

ByLuqman Muhammad

MIRI, 26 Ogos : Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi tujuan subsidi yuran taska dan tadika di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berkenaan akan membolehkan golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan awal.

“Saya menyedari kepentingan anak-anak kita untuk mendapatkan pendidikan awal.

“Oleh yang demikian, saya meluluskan peruntukan seperti yang disuarakan oleh Dato Sri Fatimah Abdullah,”katanya ketika berucap pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Prasekolah di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, inisiatif berkenaan sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendedahan pembelajaran yang berkualiti.

Terdahulu, Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat negeri ketika berucap pada majlis itu telah memohon peruntukan bagi tujuan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan