Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. Foto Bernama.

Najib tiba ke mahkamah kali kedua selepas dipenjarakan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Buat hari kedua berturut – turut, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ‘muncul’ di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini selepas dipenjarakan pada Selasa lepas.

Ketibaan bekas Perdana Menteri itu dari Penjara Kajang kira – kira pukul 8.47 pagi tadi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna biru turut diringi polis dan kenderaan Jabatan Penjara Malaysia.

Sekumpulan kecil penyokong Ahli Parlimen Pekan itu dilihat menunggu di luar pagar utama mahkamah namun suasana terkawal dengan kawalan keselamatan oleh pihak polis.

Sementara itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat memasuki perkarangan mahkamah kira – kira pukul 9.40 pagi tadi memakai baju kurung berwarna koko.

Najib yang tiba sebelum itu dibawa masuk melalui laluan khas ke mahkamah bagi berdepan perbicaraan meminda laporan audit 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Semalam, Najib turut hadir ke mahkamah sama bagi menghadiri perbicaraan tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan