Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi kes perbicaraan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Najib dijangka muncul di mahkamah hari ini, kali kedua sejak dipenjarakan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi kes perbicaraan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Sejak pukul 8 pagi tadi, petugas media dilihat mula memenuhi ruang legar di pintu masuk utama mahkamah.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy juga dijangka akan hadir.

Semalam Najib, 69, ‘membuat kemunculan pertama’ di mahkamah sejak dipenjarakan pada Selasa lepas.

Petugas media berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk liputan kes meminda laporan audit 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Foto Firdaus Ismail (TVS).

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun atas kesalahan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Sementara itu, keadaan di sekitar mahkamah tenang apabila tiada kelibat penyokong yang ramai setakat ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-