Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) melambai tangan ke arah suaminya selepas keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi mendengar sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto Bernama.

Lambaian sayu Rosmah kepada kenderaan ‘konvoi’ Najib tinggalkan mahkamah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda Kandasamy selesai menjelang tengah hari tadi.

Antara yang menarik perhatian di luar kamar perbicaraan ialah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menanti kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa suaminya di hadapan pintu masuk utama mahkamah.

Sebaik sahaja SUV yang diiringi ketat oleh kereta polis dan Jabatan Penjara Malaysia melintasi, Rosmah dilihat melambai tangan kepada ‘rombongan’ suaminya.

Difahamkan, Najib dibawa ke Penjara Kajang selepas sesi perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohammed Zaini Mazlan selesai.

Baca lagi > > > Najib tiba ke mahkamah kali kedua selepas dipenjarakan

Baca lagi > > > Najib : Dua saksi dijangka beri keterangan, Rosmah turut hadir

Sementara itu, di luar pagar mahkamah pula, kumpulan kecil penyokong bekas Presiden UMNO itu melaungkan ‘Bossku’ ketika kenderaan Najib meninggalkan perkarangan mahkamah.

Kemunculan hari ini merupakan kali kedua sejak Najib dipenjarakan pada Selasa lepas berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Berkenaan kes hari ini, pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan