Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairani Izzati berkata, pada peringkat awal, dia berjaya menjual 10 kotak popia pisang dan jumlah itu sudah cukup menggembirakannya. Foto TVS.

Hilang kerja akibat COVID-19, Khairani kini ‘tauke’ popia pisang di Kuching

ByMadeline Dugat

KUCHING, 26 Ogos : Kesempitan hidup akibat kehilangan kerja yang berpunca daripada pandemik COVID-19 mungkin membuatkan mereka yang terkesan memerlukan masa untuk bangkit.

Namun bagi Khairani Izzati Ramlee, dia tidak boleh berterusan meratapi nasib diri selepas khidmatnya sebagai pembantu pentadbiran di sebuah syarikat swasta di sini dihentikan.

Sebaliknya, wanita ini dan suaminya, Mohd. Danial Hanafi Ramlee segera bangkit untuk meneruskan kehidupan.

Variasi popia pisang yang dihasilkan Khairani Izzati yang digemari pelanggannya.

Jelas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan ini, bermodalkan RM100, mereka memulakan perniagaan menjual popia pisang secara dalam talian.

“Tanpa berlengah, saya terus iklankan di media sosial mengenai manisan itu.

“Bagi menarik perhatian pembeli, pada peringkat awal, kami tawarkan penghantaran terus (COD) yang membantu pelanggan kerana mereka tidak perlu keluar,”katanya kepada TVS baru – baru ini.

Khairani Izzati berkata, pada peringkat awal, dia berjaya menjual 10 kotak popia pisang dan jumlah itu sudah cukup menggembirakannya.

Semakin hari katanya, ‘manisan’ yang dihasilkan terus mendapat permintaan.

“Alhamdulillah kini popia pisang saya di bawah jenama Poppis.Kch terjual sekitar 200 kotak setiap hari malah kami turut menggaji empat orang pekerja,” katanya.

Bagi ‘menguatkan’ jenama, Khairani Izzati berkata, dia turut menyertai Kuching Festival Food Fair 2022 (KFF) yang sedang berlangsung.

Ditanya tentang keistimewaan popia pisang yang dihasilkan, Khairani Izzati berkata, dia mendapat idea untuk ‘mencipta’ menu itu kerana minatnya terhadap keju.

“Selain itu, kelainan popia saya ialah menggunakan pisang embun dan menawarkan toping seperti coklat yang menjadi kegemaran ramai,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan