Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dakwaan Malaysia banyak berhutang dengan negara jiran, Indonesia adalah tidak betul dan hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar – Tengku Zafrul

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Dakwaan Malaysia banyak berhutang dengan negara jiran, Indonesia adalah tidak betul dan hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata 2.5 peratus hutang negara tersebut adalah pinjaman dari pelbagai institusi dan pelabur asing dari seluruh dunia, antaranya dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan Singapura.

“Jadi, 2.5 peratus pinjaman asing ini, takkan Indonesia mahu ‘tapau’ semua. Ia memang tidak logik.

“Sebanyak 97.5 peratus hutang negara adalah pinjaman dalam negara,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman twitternya, hari ini.

Tengku Zafrul menjelaskan cara kerajaan meminjam tidak seperti cara individu meminjam daripada rakan mereka.

”Antara cara kerajaan membuat pinjaman ialah melalui terbitan bon. Selepas itu, kita buat bidaan. Para pelabur akan membuat bidaan kadar pulangan atau hasil serta jumlah yang ingin dilanggan.

“Pelabur yang membuat bidaan kadar pulangan yang paling rendah berserta jumlah pinjaman yang paling tinggi akan dipilih,” katanya, sambil menegaskan amat jarang untuk kerajaan membuat pinjaman secara terus dari negara lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan