Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JANGAN POLITIKKAN UNDI 18 - WAN JUNAIDI
Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata belanjawan itu akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Okt ini.

Belanjawan 2023 dibentang 7 Oktober – Wan Junaidi

ByBernama

PUTRAJAYA, 26 Ogos : Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata belanjawan itu akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Okt ini.

Menurutnya, takwim sebelum ini sepatutnya bermula pada 26 Okt hingga 15 Dis 2022 iaitu selama 31 hari bagi Dewan Rakyat dan 8 hingga 22 Dis bagi Dewan Negara, manakala takwim baharu yang dicadangkan adalah pada 3 Okt hingga 29 Nov 2022 bagi Dewan Rakyat iaitu selama 32 hari dan 21 Nov hingga 7 Dis 2022 bagi Dewan Negara.

“Perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk kerajaan meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan,” katanya.

Selain itu, katanya ia bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan Tambahan 2022 dan RUU Tanggungjawab Fiskal dibentangkan sebaik RUU Perbekalan (Belanjawan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

Beberapa laporan media dalam talian hari ini menyebut Bajet 2023 akan dibentangkan awal iaitu pada 7 Okt, yang sebelum ini dijadualkan pada 28 Okt.

Wan Junaidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda tarikh takwim baharu dari 26 Okt 2022 dan diawalkan kepada 3 Okt tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan