Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak terus berjalan lancar dan tersusun dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Dasar penjimatan negara tidak jejas operasi KEMAS Sarawak

LAWAS, 25 Ogos: Operasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak akan terus berjalan lancar dan tersusun dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Pengarah KEMAS Sarawak Khairuddin Md Nasir memberitahu, pengurusan dan operasi jabatan yang telah dirancang awal berjaya memastikan peranan KEMAS tetap berjalan lancar dan mampu memberi impak kepada golongan sasaran.

Beliau turut yakin bahawa dasar penjimatan negara yang telah diumumkan baru-baru ini tidak akan menjejaskan sebarang operasi, aktiviti dan pengurusan KEMAS Sarawak.

“Walaupun kita telah ada dasar penjimatan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, tapi dipihak kami di Kemas negeri Sarawak tidak menjangkakan sebarang masalah.

Ini kerana bajet-bajet sebenarnya telah diperuntukkan terlebih awal. Jadi kita hanya melaksanakan saja perlaksanaan program-program kerajaan. Keseluruhannya dasar penjimatan ini tidak menganggu dari segi operasi dan juga pengurusan Kemas Sarawak,” tambahnya.

Khairuddin ditemui media sewaktu merasmikan Majlis Perasmian Gerai Usahawan Program Asnaf Berdikari KEMAS Peringkat Negeri Sarawak dan program Hari Potensi Tabika KEMAS (ROUNDERS) ZON 6 di Dataran Bandar Lawas hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Sektor Operasi Tabung Baitulmal Sarawak, Ustaz Yusree Mohd Zain dan pegawai-pegawai kanan KEMAS serta Baitulmal Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan