Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dan pelbagai hala dari 27 hingga 30 Ogos. Foto: MetMalaysia

Tiupan angin lemah pelbagai hala berpotensi bentuk awan ribut petir – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Ogos : Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dan pelbagai hala dari 27 hingga 30 Ogos ini yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang sehingga malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat adalah negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta Labuan.

Menurut kenyataan itu, fenomena berkenaan dikesan berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan